Friday, February 15, 2013

Bukit Gambang Waterpark

Salam...Alkisah cuti akhir tahun yg lepas kami sekeluarga ke Bukit gambang. Plan ni sebenarnya khas untuk anak2 kami. Pada mula nya aku sekelurga di landa demam, jadi terpkasa la pasrah pemergian family yg lain ke sana. Dorang bertolak hari jumaat malam.

Malam tu, si abang merengek mengajak ayahnya ke Gambang, tak mau makan, tak mau tido...haisshhh rosak perangai anak aku sorang ni, biasa la perassan seorang ayahkan mana boley tgk anaknya gundah gulana sekali terpacul dr mulutnya "ibu siap2 pakaian, esok pagi2 kite g gambang"...horaaayyyy kata anak2ku...aku pon apa lagi sepantas kilat mengemas apa yg patot.

Kami bertolak kira2 pukul 07.00 a.m, walaupon si ayah dalam keadaan mamai dek demam tetap gagah juga atas permintaan anak2nya. Dengan bantuan en. tablet kami selamat sampai kira2 jam 01.00 p.m.

Harga tiket adalah seperti berikut:
Dewasa - RM21.90
Kanak2 - RM14.90 (ukuran ketinggian 90cm hingga 12 tahun)



 Tempat ikan muntah

 Seronok main air

 Si kecik Aina

Belon pusing2 dalam air


Luncur air...aku mmg tak berani nak try...hahha


Pondok tempak berehat yg berharga RM80


 Aktiviti menembak





Gift shop


Sepanjang kami di sana kami menetap di homestay area Bukit Gambang. Charge yg di kenakan hanya dalam lingkungan RM250++/ malam. Homestay tu menyediakn pelbagai kemudahan seperti 3 buah bilik tidur ada bantal dan tilam (master bedroom ada toilet dan air-cond), peralatan memasak, peti sejuk, tv siap ada astro, sofa, meja makan serta di anjung rumah ada di sediakn perkakas serta pondok berehat2 utk berBBQ.

Untuk hari yg kedua kami di sana, kami berpindah utk mencari "angin baru". Destinasinya adalah berdekatan dengan bandar Kuantan. Kali ini kami menyewa sebuah banglo teres 2 tingkat. Chargenya agak mahal iaitu RM300/malam, tapi nak buat macam manakan sbb ari tu sume homestay fully booked, cuti sekolah la katakann. Tapi homestay tu mmg memuaskan ada 4 buah bilik tido, 3 di tingkat atas dan 1 di tingkat bawah. Setiap ruang di lengkapi dgn air-cond, mmg syok klu tido kann...kemudahan lain macam biasala perkakas utk memasak, sofa, meja makan, tv siap astro, peti sejuk tuala dan sabun mandi dan yg paling mak aku suke skali siap ada mesen basuh.

Pada malamnya kami plan utk makan ikan bakar di area berdekatan. Jom ke "Ana Petai Ikan bakar". 

 Tengok tu Puan blog menjilat jari tak sabar nak makan...haisss

Bersedia utk makan

Kedainya ada 2 tingkat , time tu kedainya penuh sesak, so kami terpaksala naik ke tingkat atas. Di tingkat atas hanya di menyediakn meja dlm erti kata lain makan bersila. Surau juga ada di sediakn.
Huh kami pon apa lagik, bermacam2 makanan yg kami order seperti udang, ketam, kerang, ikan, sayur dan bermacam lagi...hahh makan la kami sampai pengsan. Harganya pon berpatutan dalam lingkungan RM450 saja (time tu kami makan dalam 14 org).


Sebelum mengakhirkan percutian kali ini, kami singgah utk berwindow shopping di Berjaya Megamall. Selepas itu barula ke Telok Cempedak, nasib kami agak kurang baik sebab bendera merah di naikkn sebab waktu tu pantai bergelora. Jadi dapatla anak2 kami bermain di pergigian pantai sambil bermain layang2 saja.

 Bondaku, makcikku bersama cucunya...Inila dia satu2nya bunga dalam family kami

 Berposing dengan topi yg baru di beli di kedai berdekatan

 Si abang dan angah yg seronok bermain pasir

 Yeah aku bersama En suami...red team gitew

 sesi bermain layang2

Lebih kurang sejam di sana, kami balik semula ke homestay kami utk bersiap2 utk pulang.

Alhamdulillah bercutian yg sungguh menggembirakn kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment