Thursday, October 11, 2012

Family day di Teluk Mahkota, Sedeli.

Salam..entry kali ni aku nk berkongsi pengalaman pertama  FAMILY DAY bersama2 rakan sekerja. Kami pergi tidak la jauh, sekadar area Johor sahaja iaitu TELUK MAHKOTA, Sedili. Ia terletak berdekatan dengan bandar Kota Tinggi.

     Mula2 kami agak risau jugak kalau2 tempatnya tidak menarik & yg paling penting lautnya tidak merbahayakan anak2 untuk bermandi- manda. Tapi sebelum kami berangkat ke sana staff2 lelaki sudah servey terlebih dahulu tempatnya. Mereka kata struktur lautnya jenis landai & permandangannya amat manarik.

     Setelah mengadakn sesi perbincangan maka kami sepakat pergi ke sana pada 06 Oct hingga 07 Oct 2012, cukupla 2 hari sahaja kerana pada 06hb (sabtu) tu kami masih bekerja seperti biasa tapi separuh hari sahaja.

      Tepat pukul 03.00ptg 3 buah kereta iaitu kereta keluarga aku, keluarga Zurai & keluarga Najib bergerak dari Pekan Gelang Patah. Yang lain2 pula mereka tunggu di Jusco, Tebrau.Lebih kurang 20 mint kemudian kami sampai ke hadapan Jusco Tebrau & yg lain sudah sedia menunggu kami. Kami pon memulakan prjalanan yg mengambil masa 1jam & 15minit sahaja. Lebih kurang 10 buah kereta kami berkonvoi.

     Destinasi yg di tuju selamat kami jelahi. Turun sahaja dari kereta kami pon memilih chalet masing2. Harga sebuah chalet ialah RM100 sahaja, ia di lengkapi dengan econ, bilik air yg bersih, sebuah almari, 2 buah katil single size serta bantal & selimut, almari beserta 2 helai sejadah & sebuah meja untuk kami meletakkn segala barang2 yg kami bawa. Jadi agak berbaloi la dengan harganya kann...

                                     Strukturnya yg landai mmg sesuai jika membawa anak2



                                                                      Ini la chalet kami


     Aktiviti pertama macam biasala, servey kawasan laut, anak2 yg dari tadi kepenatan dalam perjalanan menjadi "segar" semula apabila di benarkan oelh ibubapanya "terjun" ke laut.Sementara itu kaum adam menyiap2kan bahan utk BBQ kami. Kaum hawa pon membantu untuk memasak nasi &; membuat sup kami ayam...sluppp...

                                                        Masterchep to be..hehhe...


     Lepas solat maghrib kami pon turun ke chalet masing2 utk berBBQ bersama. Setelah mengisi perut yg berkeroncong kami pon membuat aktiviti masing2...kaum hawa lebih senang ber"chit-chat" sesama sendiri manakala kaum adam pula ada yg bermain gitar di depan unggu api & ada juga yg telah besiap sedia untuk mencari rezeki di tengah2 laut.

     Sedang2 aku rancak ber"chit-chat" , en suami melaung namaku. Dia kata anak bungsu kami demam, suhu badanya amat panas. Panik juga masa tu. Terus aku melompat naik ke atas chalet, si bungsu tidor dengan di selimutkan oleh ayahnya dengan di temani oleh 2 abangnya. Atas jasa baik seorang rakan dia memberi panadol kepada si bungsu, pada mulanya susah jugak dia nak makan, tapi aku meleburkn dalam air suam baru la dia boleh telan. Sebelum tu dalam 2, 3 kali jugak dia muntah. Aktiviti ber"chit-chat" tadi terpaksa aku lupakan kerana demi menjaga kesihatan anak aku.

     En suami sudah bersiap sedia untuk mencari rezeki ke perut laut bersama rakan2 yg lain. Tinggi menggunung harapan kami supaya mereka mendapat rezeki yg lumayan.

     Setelah selesai solat subuh kami kaum hawa turun ke khemah masakan untuk menyedia sarapan pagi. Menu adalah seperti mihoon goreng, nasi goreng & nuget ayam.

     Selesai sarapan pagi operasi terjun laut menyusul...yeahhh kali ni kami semua mandi bersungguh2. Terima kasih en. suami sbb amik gambar kami yg ala bercanda di terpian pantai ni...kanak2 ribena ada yg main pasir utk buat buat bangunan impian...hehhe...


                                                        bercanda di pasiran pantaiiiii....


     Masa amat mencemburui kami, tepat jam 1 ptg kami semua bersiap sedia untuk pulang. Opppss di bawah ni baju yg kami tempah khas utk Family day ini...RED TEAM..harga sehelai RM25, disigned oleh kami semua. Selesai sesi berposing selesai kami pon memulakan perjalanan ke destinasi masing2...OH WE;LL MISS U TELUK MAHKOTA...ada masa kite kembali bersua...




          Antara ahli keluarga staff TN (oppsss si abg dan angah da selamat tido dalam kete)

1 comment: