Monday, October 22, 2012

Convocation Tabika Putera Tengahku - Muhammad Hazimy

Salam...pada 20 October yg lalu selamatla Putera Tengahku Muhammad Hazimy (Angah) menerima sijil pra-sekolahnya (tabika). Angah sekolah di TABIKA KEMAS MURNI di Kg Tiram Duku, Gelang Patah, JB. Seperti si abang aku hanya hantar ank2ku untuk bersekolah tabika hanya setahun saja. Bukan kami tak mampu atau malas tapi masalah kenderaan, almaklumla kami suami isteri bekerja.

 Majlis Convocation di adakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dewan Sultan Iskandar (DSI). Huh rugis tu kalau tak pergi. Kebetulan Angah sama baya dengan sepupunya jadi kami ke sana 2 keluarga. Kami sampai ke perkarangan UTM dlm jam 8.30 a.m. Rakan2 Angah yg lain ke sana pergi naik van yg di sediakan pihak tabika. Sampai sana rakan2 yg lain sudah beratur di hadapan DSI, guru tabika Angah iaitu Puan Hajjah Laila atau Cikgu Lai serta pambantu khas iaitu makcik Fiza terlebih dahulu menyuruh murid2 yg lain menjamah makanan kerana di dalam dewan kami tidak di benarkan makan. Selesai memberi makan, mereka di pakaiankan jubah berwarna biru muda. Comel sungguh melihat gelagat mereka memakai jubah.

                       Sesi memakai jubah...comel sangat...

Lebih kurang 10minit kemudian mereka beratur utk memasuki DSI menyikut tempat yg di sediakan. Para ibu bapa pon mengambil tempat masing2. Kami memilih seat yg belakang tetapi di bahagian tengah. Suasana agak sedikit hingar-bingar kerana kenyakkan ibu bapa membawa ank2 masing. Tak apalah itu sebagai motivasi kepada anak2 untuk menggenggam segulung ijazah suatu hari nanti...Insya Allah....

 Majlis di mulai dengan kehadiran tetamu VIP & di susuli dengan bacaan doa oleh Imam Masjid UTM. Tetamu VIP iaitu pengerusi TABIKA KEMAS En Mohd Madun (kalau tak silapla namanya) pun dengan sukacitanya merasmikan majlis Convocation itu. Hampir 500org murid naik kepentas utk mengambil sijil masing2...wow ramai giler cool kann...hahha...

Antara kanak2 yg mengambil sijil


    Ini dia Putera ibu yg encem lagik bijaksana & sepupunya Khalisah Zahra (harusla puji ank sendiri)


                                                Ibu pon nak tumpang glamor jugak


     Majlis di selang selikan dengan persembahan tarian, puisi & nasyid daripada kana2 cilik pelbagai sekolah. Jangan tak tau ada juga bangsa India yg menghantar anaknya Tabika Kemas tau...mungkin mereka sudah byk bercampur dengan org2 berbangsa melayu...1 MALAYSIA laa...

                                                     Oppps ni tetamu VIP gak ker???


     Lebih kurang jam 1.00ptg kami meminta kebenaran dari pihak cikgu Lai untuk membawa anakku balik, akmalumla perut pon nk berdengdang sayang...jomm jalan2 carik makan...terjah pizza Hut di Jusco Taman U & balik rumah untuk merehatkan diri...bersedia utk aktiviti esoknya mencari daun palas untuk tok wan....yehhaaa.....

No comments:

Post a Comment