Wednesday, July 25, 2012

Tips melatih anak berpuasa

Salam...ari ni saya rajin mengugel macam mane cara yg terbaik utk melatih anak utk berpuasa...ni amik dari JasiOnline (thanks admin)...ialah setiap anak lain ragamnya...si Sulung  (abang) dari umur 7 tahun saya sudah melatih dia berpuasa...Alhamdulillah tahun lepas walaupon hya berumor 7 thn dia hanya tinggal 2 hari saje puasa...masa tu dah lemah abis badan dia...x tahun plak nk tengon abang lemah longlai..jadi saya mengizinkannya untuk buka ...anak tengah (Angah) perangai memang lain sket dr abang & adik...ada sedikit batu kat kepala dia...walaupon dah bangun sahur tapi bile time nak pergi sekolah nak sarapan pula katanye...so ini la tips yg dapat saya copy & pastekan utk diri saya & rakan2...

1. Jelaskan Konsep Ramadhan
Hal pertama untuk mendidik anak berpuasa yang harus anda lakukkan adalah menjelaskan konsep ramadhan kepada anak anda. Tentang apa itu puasa di bulan ramadhan, dan awal mula diadakannya puasa ramadhan. Hal ini bertujuan agar anak mengetahui seluk beluk ramadhan dan juga untuk memupuk semangat ramadhan si anak
.
2.Puasa Bertahap
Yang dimaksudkan puasa bertahap dalam mendidik anak berpuasa adalah jangan memaksa anak untuk bisa langsung puasa penuh dari waktu imsak sampai maghrib. Tapi lakukkan secara bertahap, puasa setengah hari misalnya. Lambat laun, anak akan bisa menjalani puasa sampai waktu penuh.
3. Berikan Contoh Yang Baik
Saat sedang berpuasa, baik anda maupun anggota kelaurga anda yang lain sebisa mungkin jangan mengeluhkan beratnya puasa pada saat beraktivitas. Berikan contoh yang baik pada anak untuk menjalani puasa dengan penuh kesabaran.
4. Berikan Semangat Untuk Anak

Memberikan semangat juga adalah tips mendidik anak berpuasa yang baik. Misalnya saja, ketika beberapa jam menjelang berbuka si anak sudah bilang tidak kuat. Langsung motivasi, “semangat, cuma tinggal 2 jam saja kok”. Itulah contohnya.
5. Berikan Menu Favorit dan Bergizi

Tips mendidik anak berpuasa berikutnya adalah memberikan makanan favorit si anak sebagai menu sahur. Dengan begitu si aak akan bersemangat untuk bangun sahur. Tapi, jangan lupakan juga kandungan gizi yang cukup agar si anak kuat dalam menjalani puasa.

6.Jauhkan Godaan Dari Anak
Cara mendidik anak berpuasa yang ini, anda diharuskan untuk menjauhkan atau menyembunyikan sementara hal-hal yang sekiranya bisa menggoda anak untuk membatalkan puasanya. Misalnya saja es krim atau makanan enak yang sering terpampang di lemari es.

7. Jangan Memarahi Anak
 Jika anak tidak bisa berpuasa sesusi dnegan terget yang sudah direncanakn sebelumnya, jangan memarahinya karena hal itu akan membuat anak anda berani berbohong demi tidak mendapat marah dari anda.

8. Berikan Hadiah
 Jika si anak berhasil menyelesaikan puasanya, tidak ada salahnya anda memberikan hadiah kepada anak. Hal itu akan memotivasinya untuk tetap berpuasa di hari-hari berikutnya.

Makanan yang baik untuk orang yg berpuasa

(Copy & paste dr Ilustrasiku.com-thanks Admin)

by MM on July 24, 2012

Bulan puasa semakin hampir, pasti apa yang anda fikirkan sekarang adalah makanan yang sedap dan menu yang dimahukan ketika berbuka puasa kelak. Namun adakah anda titikberatkan menu ketika bersahur dimana anda harus bertahan sampai ke penghujung masa berbuka masa yang memerlukan anda menahan lapar lebih kurang 12 jam sehari.
Ketika bersahur anda disarankan mengambil makanan yang berasaskan tumbuhan hijau seperti sayur-sayuran dan juga makanan yang berasaskan serat yang terdiri daripada roti dan juga air mineral dengan kuantiti yang banyak.
Terdapat beberapa menu makanan yang disenaraikan di bawah baik untuk anda ketika bulan puasa!

Sayuran-sayuran dari serat hijau (Fibregreen)
Pengambilan sayuran hijau mampu melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan keinginan untuk makan. Selain baik untuk kesihatan dan juga perut, daun hijau seperti sederi dan juga lobak merah memang baik untuk proses penghadaman.

Karbohidrat
Maksud bijirin adalah seperti roti serat yang dijual mempunyai kanduagan gandum (Wheat) . Anda boleh memakan roti putih namun lebih digalakkan memakan roti yang terdiri daripada bijirin kerana rotinya lebih tebal akan membuat anda lambat lapar. Selain daripada itu juga variasikan menu anda agar tidak bosan, pilih la menu dari produk kekacang seperti kacang dal ataupun minuman barli ketika bersahur. Penuhkan dengan menu tersebut agar anda kekal cerdas untuk bekerja di siang hari.


Makanan protein
Kurangkan memakan nasi tetapi lebihkan pengambilan lauk dari menu berasaskan daging, terutama sekali dari resepi ikan. Ikan sememangnya antara menu yang harus anda hidangkan untuk seisi keluarga ketika bersahur.

Kurma
Sebelum tamat waktu bersahur, seelok-eloknya pengambilan kurma harus dititikberatkan kerana kurma adalah antara makanan yang memang penuh dengan khasiat dan vitamin, antara khasiat yang terdapat di dalam kurma adalah seperti, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

**Tapi biasa kite ni tengok apa yg cantik & nampak sedap di mata kita bedal jek kann...almaklumla perut da lapar cam org parkinson...hahha...

Friday, July 20, 2012

Sausage roll crunchy

Salam Jumaat....Insya Allah esok (Sabtu - 1 Ramadhan 1433h/21 July 2012) semua umat Islam akan mula berpuasa...sebagai ibu aku berharap agar ankku yg sulung Muhammad Hakimy (8 thn) akan berpuasa penuh...Alhamdulillah tahun lepas Abang cuma ponteng2 ari saje....bg Angah (Muhammad Hazimy 6 thn ) pula klu boley ibu nak Angah belajar puasa...setengah hari pon tak apa la nakk....Adik (Muhamamd Hafizy 4 thn)??? hehehe klu adik ponnak  puasa ibu tak larang....ibu nak anak2 ibu berlajar berpuasa dr kecil...walau pun hidup kita kaya-raya tapi tak mendekati diri kepada penciptanya apalh gunanya....

Erm...td pagi aku lambat bangun...lepas siap semua dengan sepantas kilat turun ke bawah nak buat sarapan...grrrr nak buat sarapan apa ea???/ hah roti ada, sosej ada...tingggg!!!! lihat di bawah...dulu aku beli kat kantin 1pc singget tau....la ni buat sendiri....

3pcs utk 3org ank ibu

Sosej roll crunchy....memang crunchy sbb aku salut ngn biskut lemak yg sudah di tumbuk...idea dr BFF aku Salinda...thanks beb....

Bahan-bahan:
5 keping roti
5 pcs sosej
2 bj telur
4 keping biskut lemak (atau apa2 jenis pon boleh) yg di tumbuk
minyak masak utk menggorang

Cara-cara:
roti di leperkan supaya senang utk membalut sosej...kemudian sosej di goreng (kalau tak goreng pon tak apa tapi kurang enakla rasanya)...setelah itu rollkan sosej itu dengan roti yg sudah di leperkan tadi...pukul telur dan salutkn sosej roll itu..salutkan pula biskut yg sudah di tumbuk tadi...dan goreng....siap...makan dengan mayonis,cheese atau sos lg best....senang kann....

Friday, July 13, 2012

Cheese cake (bake)

Salam...huh tengah demam cheese cake ni....pantang t'jumpa cream cheese kt kedai mesti gatal jek tangan nak beli...kali ni aku try yg bake plak...jom tengok resepinye...

Cheese cake +hershey



Bahan bahan :
250 gm krim cheese
1 cawan gula halus
3 bj telur
3 sudu besar  tepung gandum
1sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt ( mengikut flavor kesukaan anda)
1 cawan Biskut oreo yg diblend
3 sudu besar mentega


Cara -cara
1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt sampai gebu
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.

Bahan utk base
Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut yg dh di blend tadi hingga boleh kepal.
Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
Keluarkan dan tuang aduan cheese  tadi.

Untuk bakar:
Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas, letak acuan yang ada cheese tadi dalam bekas berisi air dan bakar selama 50- 60 minit.

Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2. Hiaskan mengikut selera anda...aku letak coklat hershey sbb mmg dh ada dlm esbok....

Cheese cake (unbake)

Salam...semenjak tengok blog kawan2 yg asek dok m'buat cheese cake aku rasa terpanggil nk m'cubanye...kebetulan aku mmg fanatik kat kek ni...bahan2 pon senang nak cari...resepi ni aku amik dr rakan KR...




Bahan Base







2 bungkus biskut oreo (di buang inti di blendkan)



2 sudu besar butter(di cairkan)















Bahan cheese







250 gm cream cheese






200 ml whipping cream(di pukul kental)




100 gm gula halus (gula kastor)



































1 sudu besar gelatin






120ml air








panas kan gelatin dan air secara double boil
























Cara








1. Gaulkan biskut oreo dengan butter dan tekankan dalam loyang.simpan didalam peti sejuk..
2. Pukul cream cheese dan gula sehingga gebu( sebati)



3. Masukkan whip cream yg telah dipukul tadi dan kacau rata


4. Masukkan larutan gelatin yg telah cair dan kacau sebati.


5. Masukkan dalam loyang yg berisi oreo td. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
6.siap utk di makan...




































Nasi Rainbow (Hujan Panas)

Salam....ari ni nak mengupdate cubaan resepi yg tertonggak...NASI HUJAN PANAS...resepi di ambil dr cik Mat Gebu (thanks ye cik Mat)...tapi macam bese la aku cuma buat ayam masak merah jek sbb anak2 suke....ada lebey sayur campor kt dalam esbok tu yg goreng jek...macam x matching...tapi encik Suami & anak2 layan jek...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi (gun abasmathi lg best)
5 cawan air
1 cawan susu sejat
1 helai daun pandan
1 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji bawang besar, hiris
2 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 camca besar penuh minyak sapi
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna makanan merah, hijau dan kuning (utk colorkan nasi)

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng (nak tambah gajus, kismis lg sedap)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga harum. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan, tumis hingga layu dan wangi. Masukkan beras dan kacau rata. Goreng beras tadi selama 1 minit. Matikan api.
  2. Alih beras ke dalam periuk nasi elektrik. Tuang air (atau air rebusan ayam) dan juga susu sejat, tambah garam secukup rasa dan gaul rata. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi kering, buat beberapa lubang pada nasi tadi dan setiap lubang tuangkan warna2 berbeza. Biar sekejap bila nasi masak, matikan suis.
  3. Bila nasi dah masak hiaskan dengan hirisan daun bawang, daun sup serta bawang goreng...

Tengok tu aku tuang ayam masak merah menceceh tepi mangkok...sorri...