Monday, February 25, 2013

Mari memasak di LAGI BEST BBQ & STEAMBOAT

Salam...

Semalam punya cerita...aku teringin sgt nak makan steamboat yg masak sendiri tu...nak kata ngidams tak jugak, saje tekak ngengades hehhe. Jadi En Suami pon bawa la kami ke Mutiara Rini, sebab sebelum ni dia pernah pergi bersama member2nya.

Sampai kat sana...haaiiisss kedai tutuap, tengok signboard pon da tak ada...da bungkus kot???

Ok, next planning....gugel la "Steamboat paling best area JB"...ohw sekali kuar " LAGI BEST BBQ & STEAMBOAT" kat area Taman Gaya. Agak jauh jugak la perjalanan ke sana, tapi bila En Driver A.K.A En Suami bg greenlight jom la terjah, terima kasih En Tab sbb tunjuk jalan yg betul kat kami.

Kalau korang nak tau, restorennya dekat dengan RAWA STEAMBOAT, cuma berlainan bangunan jek. Memang happening gilerr...org berkeliaran di buffet set tu. Ada ayam, daging, ikan, udang dan segala makanan laut la, sayuran, nasi goreng, nasi putih, rojak dan tak terkira lagi laa. Siap ada 5 jenis sos lagi, yg aku ingat black peper, BBQ, Satay, ginger ...arrr yg satu lg aku lupa sebab aku tak amik...

Chargenya adalah seperti berikut:

DEWASA = RM19.50 / person
KANAK-KANAK = RM9.50 (5years to 12years) / person
WARGA EMAS/OKU = RM10.00 / person

 Abang sedang menyuapkan aiskrim ke mulut ayah...bodek nampak...


 tengok la makannya 4 org tapi macam makan 8 org


 Abang lagi jadi model ibu...



Tapi korang jangan amik lebeh ek sebab kalau tak abes korang kena charge RM5.00 / 100grm, rugi seyyy...so amik sikit2, kalau da abes amik lagik dan pastikan korang memang pandai makan (kuat makan la tuh) kalau tak rugi jek.

Lupa plak nk mention kat sana ada di sediakan aiskrim tau, yg paling best budak2 laa...tapi kalau nak amik line up tu...sebab bukan anak2 jek yg suke, mak bapak pon sama daa...

Kesimpulannya memang best makan kat sana, Insya Allah ada rezeki kami nak pergi lagi.

Tuesday, February 19, 2013

Makanan yang boleh buat kita jadi pelupa

Salam...

Korang pernah jadi PELUPA tak?? rata2 mesti sume org tidak suka akan sifat ini...

Tadi aku ada terbaca satu artikel mengenai makanan2 yg buat membuat kita sume jadi pelupa, jom semak:

1. Banyak makan epal yang sudah masam.
2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
3. Banyak makan bawang besar.
4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5. Memakan kepala ikan.
6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7. Makan sehingga terlalu kenyang.
8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

sumber : http://www.blogammar.com/makanan-yang-boleh-buat-jadi-pelupa/

So kalau korang selalu sgt ambil pemakanan seperti di atas sila2 la menjauhkn darinya yek...

Oppsss satu lagi, mak aku selalu kata jgn suke makan otak udang, nanti kita bodoh....wallahhualam...

Friday, February 15, 2013

Bukit Gambang Waterpark

Salam...Alkisah cuti akhir tahun yg lepas kami sekeluarga ke Bukit gambang. Plan ni sebenarnya khas untuk anak2 kami. Pada mula nya aku sekelurga di landa demam, jadi terpkasa la pasrah pemergian family yg lain ke sana. Dorang bertolak hari jumaat malam.

Malam tu, si abang merengek mengajak ayahnya ke Gambang, tak mau makan, tak mau tido...haisshhh rosak perangai anak aku sorang ni, biasa la perassan seorang ayahkan mana boley tgk anaknya gundah gulana sekali terpacul dr mulutnya "ibu siap2 pakaian, esok pagi2 kite g gambang"...horaaayyyy kata anak2ku...aku pon apa lagi sepantas kilat mengemas apa yg patot.

Kami bertolak kira2 pukul 07.00 a.m, walaupon si ayah dalam keadaan mamai dek demam tetap gagah juga atas permintaan anak2nya. Dengan bantuan en. tablet kami selamat sampai kira2 jam 01.00 p.m.

Harga tiket adalah seperti berikut:
Dewasa - RM21.90
Kanak2 - RM14.90 (ukuran ketinggian 90cm hingga 12 tahun)



 Tempat ikan muntah

 Seronok main air

 Si kecik Aina

Belon pusing2 dalam air


Luncur air...aku mmg tak berani nak try...hahha


Pondok tempak berehat yg berharga RM80


 Aktiviti menembak





Gift shop


Sepanjang kami di sana kami menetap di homestay area Bukit Gambang. Charge yg di kenakan hanya dalam lingkungan RM250++/ malam. Homestay tu menyediakn pelbagai kemudahan seperti 3 buah bilik tidur ada bantal dan tilam (master bedroom ada toilet dan air-cond), peralatan memasak, peti sejuk, tv siap ada astro, sofa, meja makan serta di anjung rumah ada di sediakn perkakas serta pondok berehat2 utk berBBQ.

Untuk hari yg kedua kami di sana, kami berpindah utk mencari "angin baru". Destinasinya adalah berdekatan dengan bandar Kuantan. Kali ini kami menyewa sebuah banglo teres 2 tingkat. Chargenya agak mahal iaitu RM300/malam, tapi nak buat macam manakan sbb ari tu sume homestay fully booked, cuti sekolah la katakann. Tapi homestay tu mmg memuaskan ada 4 buah bilik tido, 3 di tingkat atas dan 1 di tingkat bawah. Setiap ruang di lengkapi dgn air-cond, mmg syok klu tido kann...kemudahan lain macam biasala perkakas utk memasak, sofa, meja makan, tv siap astro, peti sejuk tuala dan sabun mandi dan yg paling mak aku suke skali siap ada mesen basuh.

Pada malamnya kami plan utk makan ikan bakar di area berdekatan. Jom ke "Ana Petai Ikan bakar". 

 Tengok tu Puan blog menjilat jari tak sabar nak makan...haisss

Bersedia utk makan

Kedainya ada 2 tingkat , time tu kedainya penuh sesak, so kami terpaksala naik ke tingkat atas. Di tingkat atas hanya di menyediakn meja dlm erti kata lain makan bersila. Surau juga ada di sediakn.
Huh kami pon apa lagik, bermacam2 makanan yg kami order seperti udang, ketam, kerang, ikan, sayur dan bermacam lagi...hahh makan la kami sampai pengsan. Harganya pon berpatutan dalam lingkungan RM450 saja (time tu kami makan dalam 14 org).


Sebelum mengakhirkan percutian kali ini, kami singgah utk berwindow shopping di Berjaya Megamall. Selepas itu barula ke Telok Cempedak, nasib kami agak kurang baik sebab bendera merah di naikkn sebab waktu tu pantai bergelora. Jadi dapatla anak2 kami bermain di pergigian pantai sambil bermain layang2 saja.

 Bondaku, makcikku bersama cucunya...Inila dia satu2nya bunga dalam family kami

 Berposing dengan topi yg baru di beli di kedai berdekatan

 Si abang dan angah yg seronok bermain pasir

 Yeah aku bersama En suami...red team gitew

 sesi bermain layang2

Lebih kurang sejam di sana, kami balik semula ke homestay kami utk bersiap2 utk pulang.

Alhamdulillah bercutian yg sungguh menggembirakn kami sekeluarga.

Thursday, February 14, 2013

Tropical Village, Ayer Hitam

Salam...arggg 3 hari bercuti sempena Chinese New Year nak naik kerje seperti malas saje. Kepada sesiapa yg bercuti2 Mesia tu tentu seronok kennsss....

Aku cam biasa jek, pergi ke tempat yg dekat2 saje iaitu Tropical Village, Ayer Hitam. Itula tempat terjahan kerana cuaca di daerah JB agak tak menentu, hujan sepanjang hari.

Kami bertolak kira2 jam 12.00 p.m, ... kunun2 ikut direction kat tab, sekali tab membohongi kami, sepatotnye bila keluar dari plaza tol ke Batu Pahat kami kena ikut kiri, tapi encik tab kata ikot arah kanan... jadi tersalah direction la plak... perot masing2 da lapar apa lagi singgah sekejap la menjamu selera...

Bila En. suami singgah solat di stesen Petronas dia bertanya dengan org2 yg ada di situ, mereka kata kami da salah jalan....arrgggg....sudah tersasar jauh tu...Terima Ya Allah sebab kau mmberi pertujuk kepada kami dengan cepat, kalau tidak harus la sampai ke Kluang.

Sampai ke destinasi yg di tuju hujan masih membasahi bumi bagaikan mutiara. Dek kesian kan anak2 bawa juga la ke Taman Mini Malaysia, Tropical Village itu. Cajnye adalah seperti berikut:

1.Dewasa - RM10.00
2.Kanak2 - RM5.00 (umur 3 tahun - 12 tahun).


Abang bersama Superman

 Si Adik bersama kawannya Shrek


Turn Angah dengan Batman
Replika bersatu Hati...sesuai sgt dengan ank2 ku bertiga itu

Selain itu byk lg replika2 yg ada di sana seperti A Famosa, Twin Tower, Menara Pisa, Eiffel Tower, Tembok China serta model2 karton kegemaran anak2 ku. Rumah hantu juga ada di sediakan, tapi anak2 ku takot (sebenarnya ibu dia pon takottttt...wakakaka...)

Kepada sesiapa yg teringin ke sana, boleyla layan anak2 anda, basikal air pon ada. Bersantai2 la di sana.

Chicken rice shoppp...bukan sekadar nasik hayam...

Salam februari semua...alah boringnya ari ni...jadi marila memaksa diri ini utk mengupdate blog ku ini...Sape pernah pergi makan di Chicken rice shop?? aku da 2 kali ke sana...pada tekak aku okayla rasanya...da tekak melayu jadi semua makanan melayu semua aku bedal...lagi satu harganya tak la mahal sangat...dan yg best lauknya bukan setakat ayam saje yek...dia ada gado-gado, kerabu manggo, beam sprout, pak choy with oyster sauce,nyonya pai tee dan pelbagai lagi.

Anak-anak aku ni hantu nasi ayam jadi berbaloi la jugak ke sana...nasinya korang nampak ciput jek dalam pinggan tapi kalau aku makan mesti berbaki...ke aku ni jenis tak kuat makan??? (owh jangan nak perasan ye)...lokasi terjahan kami biasala di MEDINI, Nusajaya. dekat lagi menjimatkan petrol tu...




Tengok tu lauk-pauk penuh satu meja


Kalau korang berminat nak tau menu-menunya sila terjah cik gugel : http://www.thechickenriceshop.com/menu_msia.html