Tuesday, March 19, 2013

Kita ke TOM'S STEAMBOAT & GRILL pulok

Salam...

huhhh sekang ni musim bersteamboat jek kann...so pada hari Jumaat yg lepas kami nak mencuba ke tempat baru iaitu Tropika Steamboat yg kt Setia Tropika tu, tapi tak ada rezeki, kedai tutup la plak...

Ok second choice ke Tom's Steamboat & Grill, lokasinya di Desa Tebrau berdekatan dengan Jusco Tebrau, senang jek kan...

Chargenya adalah seperti berikut :
Dewasa : RM20.00
Kanak-kanak : RM 9.00 (8thn hingga 12thn)

Tapi mereka adakan promotion sampai 31 Mac ni, utk dewasa hanya RM18.50 sahaja, berbaloi-baloikann...da la makan sampai puas. Selain service nya yg ok, waiternya juga peramah dan mesra pelanggan,  keadaan persekitarnya juga bersih. Ia juga menyediakan surau.





Makanan yg di sediakan macam biasa la seperti seafood, sosej, meatball, fishball, ayam pelbagai flavor, sayur-sayuran dan pelbagai lagi, satu kelainan yg aku nampak ialah sate ayam dan daging serta nugget. Tapi kuah sate tiada yek. Kuah sup dan tomyam buley di top up okay...

Bagi aku penggemar seafood, harus 4 ke 5 kali ulang alik ke food bar tu. ahhh org bukannya kisah pon kann...yg aku paling suke sekali udang berkunyit & ayam madu. Dekat sekilo kot aku bedal...uhuk...uhuk...

Anak-anak macam biasala terjahan utama adalah ais-krim, bermangkuk-mangkuk di ambilnya. Sukati ko la nak oii...

Hampir sejam melantak makan, marilah kita pulang ke pangkal jalan.

Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut, sila ke FB TOM'S STEMBOAT & GRILL, kalau nak tempah dulu pon buley....

Selamat mencuba...

P/S: gambar tak snap byk sebab aku nak makan sampai puas...buley gitu...haha