Friday, July 13, 2012

Cheese cake (bake)

Salam...huh tengah demam cheese cake ni....pantang t'jumpa cream cheese kt kedai mesti gatal jek tangan nak beli...kali ni aku try yg bake plak...jom tengok resepinye...

Cheese cake +hershey



Bahan bahan :
250 gm krim cheese
1 cawan gula halus
3 bj telur
3 sudu besar  tepung gandum
1sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt ( mengikut flavor kesukaan anda)
1 cawan Biskut oreo yg diblend
3 sudu besar mentega


Cara -cara
1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt sampai gebu
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.

Bahan utk base
Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut yg dh di blend tadi hingga boleh kepal.
Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
Keluarkan dan tuang aduan cheese  tadi.

Untuk bakar:
Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas, letak acuan yang ada cheese tadi dalam bekas berisi air dan bakar selama 50- 60 minit.

Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2. Hiaskan mengikut selera anda...aku letak coklat hershey sbb mmg dh ada dlm esbok....

No comments:

Post a Comment