Thursday, November 27, 2014

Convocation Muhammad Hafizy

Salam...

Sabtu lepas 22/11/2014 adalah hari Convocation Tabika KEMAS Parlimen Gelang Patah
Majlis itu di adakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Angah dulu pon convo kat sini gak
Pihak KEMAS saje kot buat kat UTM
Sebagai pendorong dorang further study hingga ke menara gading

Macam bese kami pergi berlima
Sampai di dewan Sultan Iskandar org da ramai
Nasib baik la ada tempat kosong
Tapi terpaksa la mencelah2 di tengah2 lautan manusia itu

Majlis di mulakan dgn bacaan doa
Di ikuti dgn paluan kompang dr kanak2 tabika
Seterusnya di rasmikan oleh Tuan Hj Khairi Bin Abd Malik
Selesainya perasmian hadirin di hidangkan dgn beberapa selingan persembahan 
Seperti nasyid & bacaan Al-Quran dr murid2 yg telah khatam Quran minggu lepas
Selepas tu baru lah majlis di teruskan dgn penyampaian sijil penghargaan kepada AJK KEMAS bagi setiap sekolah dan seterusnya kepada kanak2 yg telah tamat pengajian sekolah tabika


beratur utk menuju ke pentas


kumpulan anak2 Tabika KEMAS Murni bersiap sedia nak merima ijazah...hehe


turn adik terima sijil


gambar kenangan di luar dewan


abang & angah nk interframe gak... (abaikan ye org yg sebelah tu)



Majlis di selang selikan lg dgn beberapa persembahan pentas
Para hadirin  sgt teruja dgn persembahan itu
Ialah klu da budak2 yg buat persembahan sgt comey dgn keletah2 mereka kann
Tapi kami terpaksa balik awal di sebabkan beberapa perkara yg tak dpt di elakkan ...ecehhh


Terima kasih kepada guru2 yg telah membimbing Muhammad Hafizy bin Mohd Fakhzan Asrari
Dari zero to hero dan Alhamdulillah sekarang adik da buley membaca & mengira
Keputusan exam akhir tahun pon memberangsangkan
Keep it up adik
Doa ibu agar anak2 ibu & ayah berjaya dunia akhirat...Insya Allah








Tuesday, November 18, 2014

Majlis Khatam Al-Quran adik

Salam...

Sabtu lepas 15/11/2014
Selamatlah si adik khatam Al-quran peringkat sekolah
Alhamdulillah...syukur
Ngaji selama 2 taon di tabika KEMAS
Akhirnya adik khatam jugak

Majlis Khatam Al-Quran beramai2 ini di anjurkan oleh Pihak UEM Sunrise
Majlis ini di adakan di Dewan serbaguna di Bangunan Dato' Jaafar Muhamad, Kota Iskandar, Nusajaya
Pihak UEM menaja sebanyak 5 buah sekolah di daerah Nusajaya utk tujuan ini
Seramai 131 org murid yg berjaya di khatamkan org ustaz & ustazah yg terlatih

Majlis bermula jam 9.30 pg
Dan berakhir kira2 jam 12 tengah hari
Memang aku kagum bile kanak2 sebaya adik yg berumur 5 & 6 taon da hafal surah Al-quran & surah Yassin
Ya Allah bertapa kerdilnya aku
Umur da lewat 30-an pon masih tak mampu menandingi kanak2sekecil itu

Murid lelaki terbaik di sandang oleh rakan sekolah adik, Muhammad Adam
Budak ni member kamcing adik tau
Nampak ligak jek budak ni
Tapi otak bergeliga uolllss
Sekolah TABIKA terbaik juga di sandang oleh sekolah adik, TABIKA KEMAS MURNI

Jutaan terima kasih kepada pihak UEM sunrise yg menaja majlis ini
Juga terima kasih yg tak terhingga kepada semua ustazah & guru2 yg mengajar Muhammad Hafizy sehingga khatam Al-Quran
Dunia di kejar... akhirat jgn di lupai (eh betol tak ayat aku ni??)


murid2, ustaz & ustazah mula naik di atas pentas


Majlis di mulakan dgn hafazan surah Yassin oleh murid2 yg terpilih


Adik Adam penyandang murid lelaki terbaik dlm Majlis Khatam Al-Quran ini