Tuesday, October 23, 2012

Jom tolong Tok wan carik daun palas kat Gunung Pulai

Salam...21 Oct yg lepas kami anak beranak ikut Tok Wan (panggilan oleh ank2ku untuk ibu mertuaku) ke Gunung Pulai 2, Gelang Patah, carik daun palas...daun palas nak buat apaaa??? jawapannya utk buat ketupat daun palas la...kan Raya Haji da nak dekat. Selain aku & family adik beradik En Suami yg lain pon ikut juga. Kami pergi 2 kereta.

     Kami bergerak dari rumah lebih kurang jam 11.00 pg. Perjalanan dari sana mengambil masa dari lebih kurang 20 minit. Oh ye aku sempat juga membawa bekalan mee hoon goreng & biskut chipmore...kejap ada...kejap takde....minuman pula air masak sahaja. Bila anak2 da puas mandi mesti laparkann...

     Sampai ke destinasi yg di tuju, cuaca mulai mendung. Anak2 dengan perasaan yg tidak sabar terus menuju ke air terjun...weee bestnyerr...kami hanya mandi di tempat yg paling bawah sekali...ini adalah untuk keselamatan anak2. Airnya boleh tahan sejuk giler cool....sementara itu En. Suami & adiknya serta tok wan mulai meredah kawasan hutan untuk mencari daun palas.

     Sedang kami asyik bermandi- manda & aku sedang sibuk mengawasi ank bungsuku, si abang ank sulungku hampir lemas kerana paras dalaman air di kawasan tempat kami mandi rupanya agak dalam untuk budak sebaya anakku. Allah masih sayangkan anakku mujur adik iparku yg kami panggil "mak Lang" yg dari sibuk men"snap" gambar kami ternampak si abang tenggelam timbul. Dia sempat membaling enpon dia ke tepi & terjun menyelamat si abang...bila aku toleh ke belakang baru aku perasan yg si abang mukanya pucat "lesi"...& mak lang pon memicit perutnya maka terkeluarla air yg dia terminum tadi...syukur la abang selamat...hahhh...rupa2nya mak lang lompat dalam ke air tadi dengan membawa enpon Tok Wan...abes rosak enpon Tok Wan...da la Mak Lang tak bawa baju spare...nasib baik ada kawannya yg tinggal di kawasan terdekat di situ & Mak Lang pon pinjam la baju kawannya.

                                                  Ini la budak yg hampir lemas tadi...


                                                              Manja2 dulu ngn air...


                                                   Kami yg sedang bemandi-manda


     Hujan mulai turun...kami pon naik ke pondok...rasa lapar pulak...hah nasib baik ada bekalan kann...jom makan sesama...hee laku jugak mee hoon goreng aku. Kumpulan yg pergi mencari daun palas pulang dengan jayanya...yeahhh daun palas berjaya di cari...banyak tuu...oppsss baju En Suami basahhh...tu la tadi kata tak payah bawa baju...seb baik la ada yg bawa baju lebih....hujan bertukar ala renyai2, kami pon menyambung aktiviti bermandi-mandi tadi.

    Lebih kurang pukul 12.45 tgh hari kami pon bersiap2 untuk pulang...lepas menyalin pakaian yg basah jom kita balik tidoo...


Monday, October 22, 2012

Convocation Tabika Putera Tengahku - Muhammad Hazimy

Salam...pada 20 October yg lalu selamatla Putera Tengahku Muhammad Hazimy (Angah) menerima sijil pra-sekolahnya (tabika). Angah sekolah di TABIKA KEMAS MURNI di Kg Tiram Duku, Gelang Patah, JB. Seperti si abang aku hanya hantar ank2ku untuk bersekolah tabika hanya setahun saja. Bukan kami tak mampu atau malas tapi masalah kenderaan, almaklumla kami suami isteri bekerja.

 Majlis Convocation di adakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dewan Sultan Iskandar (DSI). Huh rugis tu kalau tak pergi. Kebetulan Angah sama baya dengan sepupunya jadi kami ke sana 2 keluarga. Kami sampai ke perkarangan UTM dlm jam 8.30 a.m. Rakan2 Angah yg lain ke sana pergi naik van yg di sediakan pihak tabika. Sampai sana rakan2 yg lain sudah beratur di hadapan DSI, guru tabika Angah iaitu Puan Hajjah Laila atau Cikgu Lai serta pambantu khas iaitu makcik Fiza terlebih dahulu menyuruh murid2 yg lain menjamah makanan kerana di dalam dewan kami tidak di benarkan makan. Selesai memberi makan, mereka di pakaiankan jubah berwarna biru muda. Comel sungguh melihat gelagat mereka memakai jubah.

                       Sesi memakai jubah...comel sangat...

Lebih kurang 10minit kemudian mereka beratur utk memasuki DSI menyikut tempat yg di sediakan. Para ibu bapa pon mengambil tempat masing2. Kami memilih seat yg belakang tetapi di bahagian tengah. Suasana agak sedikit hingar-bingar kerana kenyakkan ibu bapa membawa ank2 masing. Tak apalah itu sebagai motivasi kepada anak2 untuk menggenggam segulung ijazah suatu hari nanti...Insya Allah....

 Majlis di mulai dengan kehadiran tetamu VIP & di susuli dengan bacaan doa oleh Imam Masjid UTM. Tetamu VIP iaitu pengerusi TABIKA KEMAS En Mohd Madun (kalau tak silapla namanya) pun dengan sukacitanya merasmikan majlis Convocation itu. Hampir 500org murid naik kepentas utk mengambil sijil masing2...wow ramai giler cool kann...hahha...

Antara kanak2 yg mengambil sijil


    Ini dia Putera ibu yg encem lagik bijaksana & sepupunya Khalisah Zahra (harusla puji ank sendiri)


                                                Ibu pon nak tumpang glamor jugak


     Majlis di selang selikan dengan persembahan tarian, puisi & nasyid daripada kana2 cilik pelbagai sekolah. Jangan tak tau ada juga bangsa India yg menghantar anaknya Tabika Kemas tau...mungkin mereka sudah byk bercampur dengan org2 berbangsa melayu...1 MALAYSIA laa...

                                                     Oppps ni tetamu VIP gak ker???


     Lebih kurang jam 1.00ptg kami meminta kebenaran dari pihak cikgu Lai untuk membawa anakku balik, akmalumla perut pon nk berdengdang sayang...jomm jalan2 carik makan...terjah pizza Hut di Jusco Taman U & balik rumah untuk merehatkan diri...bersedia utk aktiviti esoknya mencari daun palas untuk tok wan....yehhaaa.....

Wednesday, October 17, 2012

Makan Burger King teringat Izara Aisyah

Salam...setelah sekian lama memendam rasa nak makan di Burger King, akhirnya semalam en hubby melunaskan hasrat kami. Yeahhh...balik kije lepas anta mak aku ke pasar malam terus la ke Medini, Nusajaya. Sebelum mengisi perut kami yg lapar ni haruslah mengisi incik tanker kaler merah dulu, nnt merajuk tengah jalan sape nak bawak kami jalan2 (en wira yg sudah byk berjasa pada kami sekeluarga...da nak abes bayar pon). Lepas membuat pembayaran petrol, dari jauh kami nampak ayah bawa beg plastik...hah cuba teka apa dalamnya??? jengggg...jenggg...anak2 dapat mainan boboiboy...harga RM19.00 per 1pc & total RM57.00 ...arrggg "murahnyerr"""...(isshh membazir jek...ekkk tuko statement...sebagai ibu bapa mana buley lokek rezeki dengan ank2).

     Perjalanan amik masa lebih kurang 10 minit jek...ok da sampai. En suami drop kami berempat di perkarangan Medini Mall , dia cari tempat parking kereta. Kami berempat pon menuju la ke Restoran Burger King (BK), Izara Aisyah tak ada punnn....(ish jgn nk berangan la Izara ada kat sana). Restoran tu di lokasi paling hujung, berhadapan dengan Legoland Malaysia. Ok sampai sana pilih tempat...mataku sempat melilau tengok deco kt situ...wow nice &; modern kontemporari.Tempat da dapat jom kite order makanan plak...kami meng"order" Chicken tender (naget), drummet, 2 jenis burger...


Antara deco2nya yg sgt cantik




     Lepas makan mesti kena komen kan...ala2 Papa Joe komen kt peserta maeterchep kann...hihi...makanan dia sume rasa masinnnnn...oleh itu kami tidak di galakkan ke sana lagi...sebab kami keturunan darah tinggiii...kami bagi 2 setengah bintang per 5 bintang...kira ni la kali terakhir kot ke sana...naik darah mak nanti...heee...



                                             Anak2ku yg suka membuat aksi bila di snap


     Lepas makan jom balik, tak kan nk tolong kemas kot. Jalan punya jalan2 mata ni melilau plak ke arah Cool Blog (CB)..."ayah belanja ibu CB"..."nak amik RM20 cukup takk??"..."ok tengkiu...banyaknye CB harga dlm RM5++ jek"..."ala bawak la ank2 g Tutti Fruitti (TF), kan ank2 ngn ibu selera omputeh" sindir suami ku...aku pon amik duit sambil tersengeh2...jom ke TF plak..Intai2 dulu ada flavor apa...ok aku amik flavor keladi+vanilla..anak2 amik flavor coklat+vanilla...ke kaunter n tambah topping...oppsss klu nak tambah topping jgn sampai tak beringat sebab segala2 kena charge wokayy...BK da dapat TF da dapat jom balikk mandiii+solat....tengkiuu AYAHHH...

    

Thursday, October 11, 2012

Family day di Teluk Mahkota, Sedeli.

Salam..entry kali ni aku nk berkongsi pengalaman pertama  FAMILY DAY bersama2 rakan sekerja. Kami pergi tidak la jauh, sekadar area Johor sahaja iaitu TELUK MAHKOTA, Sedili. Ia terletak berdekatan dengan bandar Kota Tinggi.

     Mula2 kami agak risau jugak kalau2 tempatnya tidak menarik & yg paling penting lautnya tidak merbahayakan anak2 untuk bermandi- manda. Tapi sebelum kami berangkat ke sana staff2 lelaki sudah servey terlebih dahulu tempatnya. Mereka kata struktur lautnya jenis landai & permandangannya amat manarik.

     Setelah mengadakn sesi perbincangan maka kami sepakat pergi ke sana pada 06 Oct hingga 07 Oct 2012, cukupla 2 hari sahaja kerana pada 06hb (sabtu) tu kami masih bekerja seperti biasa tapi separuh hari sahaja.

      Tepat pukul 03.00ptg 3 buah kereta iaitu kereta keluarga aku, keluarga Zurai & keluarga Najib bergerak dari Pekan Gelang Patah. Yang lain2 pula mereka tunggu di Jusco, Tebrau.Lebih kurang 20 mint kemudian kami sampai ke hadapan Jusco Tebrau & yg lain sudah sedia menunggu kami. Kami pon memulakan prjalanan yg mengambil masa 1jam & 15minit sahaja. Lebih kurang 10 buah kereta kami berkonvoi.

     Destinasi yg di tuju selamat kami jelahi. Turun sahaja dari kereta kami pon memilih chalet masing2. Harga sebuah chalet ialah RM100 sahaja, ia di lengkapi dengan econ, bilik air yg bersih, sebuah almari, 2 buah katil single size serta bantal & selimut, almari beserta 2 helai sejadah & sebuah meja untuk kami meletakkn segala barang2 yg kami bawa. Jadi agak berbaloi la dengan harganya kann...

                                     Strukturnya yg landai mmg sesuai jika membawa anak2



                                                                      Ini la chalet kami


     Aktiviti pertama macam biasala, servey kawasan laut, anak2 yg dari tadi kepenatan dalam perjalanan menjadi "segar" semula apabila di benarkan oelh ibubapanya "terjun" ke laut.Sementara itu kaum adam menyiap2kan bahan utk BBQ kami. Kaum hawa pon membantu untuk memasak nasi &; membuat sup kami ayam...sluppp...

                                                        Masterchep to be..hehhe...


     Lepas solat maghrib kami pon turun ke chalet masing2 utk berBBQ bersama. Setelah mengisi perut yg berkeroncong kami pon membuat aktiviti masing2...kaum hawa lebih senang ber"chit-chat" sesama sendiri manakala kaum adam pula ada yg bermain gitar di depan unggu api & ada juga yg telah besiap sedia untuk mencari rezeki di tengah2 laut.

     Sedang2 aku rancak ber"chit-chat" , en suami melaung namaku. Dia kata anak bungsu kami demam, suhu badanya amat panas. Panik juga masa tu. Terus aku melompat naik ke atas chalet, si bungsu tidor dengan di selimutkan oleh ayahnya dengan di temani oleh 2 abangnya. Atas jasa baik seorang rakan dia memberi panadol kepada si bungsu, pada mulanya susah jugak dia nak makan, tapi aku meleburkn dalam air suam baru la dia boleh telan. Sebelum tu dalam 2, 3 kali jugak dia muntah. Aktiviti ber"chit-chat" tadi terpaksa aku lupakan kerana demi menjaga kesihatan anak aku.

     En suami sudah bersiap sedia untuk mencari rezeki ke perut laut bersama rakan2 yg lain. Tinggi menggunung harapan kami supaya mereka mendapat rezeki yg lumayan.

     Setelah selesai solat subuh kami kaum hawa turun ke khemah masakan untuk menyedia sarapan pagi. Menu adalah seperti mihoon goreng, nasi goreng & nuget ayam.

     Selesai sarapan pagi operasi terjun laut menyusul...yeahhh kali ni kami semua mandi bersungguh2. Terima kasih en. suami sbb amik gambar kami yg ala bercanda di terpian pantai ni...kanak2 ribena ada yg main pasir utk buat buat bangunan impian...hehhe...


                                                        bercanda di pasiran pantaiiiii....


     Masa amat mencemburui kami, tepat jam 1 ptg kami semua bersiap sedia untuk pulang. Opppss di bawah ni baju yg kami tempah khas utk Family day ini...RED TEAM..harga sehelai RM25, disigned oleh kami semua. Selesai sesi berposing selesai kami pon memulakan perjalanan ke destinasi masing2...OH WE;LL MISS U TELUK MAHKOTA...ada masa kite kembali bersua...




          Antara ahli keluarga staff TN (oppsss si abg dan angah da selamat tido dalam kete)

Tuesday, October 9, 2012

Legoland Nusajaya

Salam...satu mesia da sibok dok cakap pasal Legoland Nusajaya, Malaysia (LLN) ni kann,ye la sape yg tak teruja nak ke sana kann....sbb yg pertama di Asia...

Hari Raya Aidilfitri yg lalu hari ke-6, pihak  LLN baik hati...dia bagi orang ramai masuk free utk melihat keindahan Taman Tema Legoland...TAPI dapat masuk sampai ke cafenye sahaja...jadi laaa (dengan nada sedeyy gitu)...kami pon sekeluarga apa lagi, bersiap2 la nk kesana...

Sampai tempat parking kereta...fuhhh banyaknyer kereta dam macam ulat gamaknyer. Owh kami ke sana bukan sekadar berlima sahaja, family adik iparku pon ikut sama, kata dorang "kalau tunggu nak  beli tiket, tak tau la sampai bile kann, time free ni la amik kesempatan"...agree with u makcik, kata ku dalam hati.

Sampai di perkarangan LLN, apa lagi bergambar sakan la kami. Tapi dari jauh nampak la jugak replika bangunan yg di perbuat daripada LEGO, jadi la dapat tengok2 sahaja...puas juga la hati ank2.

kemain seronok lagi si Angah siap lompat2 lagik
Oppps kami dibenarkan masuk sampai sini saje...belakang tu ada berbagai2 bangunan yg di perbuat dr lego...

Antara replika yg ada

BIG SHOP

Tempat bergambar terakhir adalah di hadapan maskot cafe LLN, intai2 jugak apa menu yg ada di sana...TAPI harganyerr....ekkkk "murah2" sungguh....anak2 pilih eskrem sahaja, HARGA...sekali ganda dengan harga di kedai2 biasa hokayy...sekian entry saya kali ini....


Di hadapan cafe

Puas berjalan makan eskrem plak


message: bila la nak dapat merentasi keseluruh pelusuk Taman Tema LLN ni...suatu hari nantiii....


Tuesday, October 2, 2012

Salah beli tiket online ada hikmahnyerr....

Salam...yes...akhirnya dapat gak menunaikan impian ank2 ibu tengok wayang...

29 Sep 2012 yg lalu, bincang2 dgn en. Suami destinasi manakah nk menunaikan hajat anak2...fikir punya fikir dapatla idea tempat yg paling dekat iaitu Jusco Bukit Indah (JBI). So kebetulan ari tuh aku dah gaji...yeah...trus terpa cik gugel camne nak membeli tiket online...time nak beli tu dekat 2,3 kali sms en suami confem bebetul samada dia setuju tak nak bawa kami...almaklumla aku ni "bute stereng"...bila dia reply..."beli jek la"...huuu...berbunga2 ati ini...

Anak2 nak tgk criter "Hantu Kapchai"...layan kan jek laa...dorang suke Zizan kot...1 person RM12.00 hokayy...online charge RM1 & total RM61.00 untuk aku, en. suami & 3 boboiboy kat umah tuh...transaction sucessfully...yesss...skali bile print...adoyaiiii aku silap click tarik kerr??? toink!!! dengan rasa gementarnye dail 103 minta bantuan call TGV untuk tukar tarikhnya...ada ker aku terpilih tarikh 01 OCT ..kol 10.00 a.m...giler kerr...kan ank2 aku skolah...

Time balik ngadu ngn en suami, dr tadi cll TGV HQ td still dorang tak angkat...langkah terakhir lepas amik anak2 terjah ke JBI & trus ke kaunter TGV ...explain la kt pemfuan yg dok kt kaunter tu yg aku tersalah pilh tarikh....n Alhamdulillah rezeki anak2 aku dapt tukat TAPIIII...kanak2 tidak di benarkn menonton Hantu Kapchai...zasss....time cuma ada 2 choise jek ,Untuk 3 hari  & Hotel transylvania (HT)..oleh kerana nak layan anak2 kami pon memilih HT...pada hal tak terpikir pon nak tgk criter tuh...budak kaunter tu total up semula n kena la top up lg RM10....senyum yek ibuu....

Huh lega sume dah settle...en suami kata nk trus g service kete jd aku pon bawa la ank2 round2 kt JBI tu kejap n sempat la beli jam (sbb jam aku nk nazak sampaikn jam org dah pukul 12.00 jam aku ternget2 lagik nak ke no. 10)...harusla beli yg baru kann....tak mahal lepas diskaun dpt la RM89 & top up RM5 utk bateri baru...warranty 2 years...terima kasih en suami sebab bg duit....

Dan langkah yg terakhir menuju ke Papa Roti anak2 da bising kelaparan...ok sume da settle jom balik sbb sebelom kol 10.00 p.m kite kene sampai ke JBI smule ye ank2....tak sabar nk merasa First Experience ank2 ku tengok wayang....klu rajin nanti sku taip entry semasa dlm panggung wayang yek...ok baiii....